Cinta lah 100 % tuk Allah


bila tgk ceta drama tv3 mencintaimu mlm td....mmg bagus ....maksud nya cinta tidak semestinya kita miliki ..terpaksa lepaskan demi orang tersayang,lg2 ia melibatkan perasaan ibu dan bapa sendiri ....mengorbankan perasaan demi ibu ..sesiapa yg tgk tu dia faham lah ......dan bg aku , kdg2 kena dgn diri aku ..Antara dialognye....bila kita mencintai seseorang , kita kena bersedia utk menangis kerananya, 1 falsafah yg sgt puitis bg aku ....

Kdg2 cinta akan buat kita rasa semangat dan bahagia , cinta itu anugerah dari Allah ....Mencintai seseorang jgn smpi kita lupa pada yang Satu ....bila kita ditinggalkan atau kecewa , kita tidak akan rasa down yg teramat sgt ....Letaklah Allah dlm apa jua sekalipon .....InsyaAllah kita akan terus bangun dan bangkit meneruskan kehidupan ....

Sedih mmg sedih , sapa tak sedih ditinggalkan orang tersayang , tp kita kena pikir positif , Jika telah berkahwin dan bercerai , igtlah , kdg2 manusia berubah hati sekejap jer..ari ni die ckp cinta kita, esk lusa kita tak akan tahu .....tiba2 hati pasangan kita berubah....sbb itu saya ckp..letaklah Allah di atas sekali .....InsyaAllah kita akan kuat menghadapi apa jua rintangan hidup...kdg2 saya tgk manusia ni ..bila dia dah sayang , die terus serahkan jiwa dan raga sepenuhnya pada  pasangan , dan bila pasangan nya curang ...trs rasa down dan kdg2 tidak mahu makan dan minum ..rasa dunia ini  dah gelap ....

 Cintai la pada seseorang sekadarnya  saja .....Cinta pada Allah adalah lebih dari segala2nya ...


*Serah segalanya pada Allah , He know everything



Manja

29/4/2012

Kawan sejati



Ku sangka hilang, ‘dia’ ada di sisi
Ku sangka mati, ‘dia’ terus hidup di hati
Ku sangka benci, tidak pernah ku dengari
Ku sangka terkubur, ‘dia’ masih ada bersendiri
 
Try aku buang, hati ku ambil kembali
Try aku benci, cinta lebih menguasai
Try aku halang, tapi aku terima kembali
Try aku tutup, namun masih terbuka lagi

Terkadang terasa hati, silap sendiri
Terkadang rasa sayang, takutku terbang tinggi
Terkadang rasa rindu, ku tahu batasku
Terkadang rasa marah, berbalik semula padaku

Kini ‘dia’ masih di sisi
Kini ‘dia’ masih teguh berdiri bersamaku
Kini ‘dia’ masih sudi menerimaku
Walau tiada kepastian mengapa dan kenapa ‘dia’,
Aku tahu ‘dia’ istimewa…
Itulah dia... "SAHABAT SEJATI

dalam diam


Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara

Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Engkau terlalu istimewa
Buat ku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua

Tapi kucuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Mengecap bahgia bersamamu

Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Di saat aku tersiksa begini
Fahamilah sayang

saya doakan awak bahagia



Semua manusia penah rasa suka pd seseorang termsk saya sendiri ,  naluri manusia kan ...perasaan yg dtg dari Allah ...Anugerah  dari Allah ....bila kita suka pd seseorang , automatik perasaan itu akan indah ....kita akn tersenyum sendiri bl kita teringatkn orang yg kita suka , bila die suka reply sms walaupon hanya 1 perkataan , rasa hati tu berbunga2 .... betul tak? tp igtlah ...kdg2 orang yg kita suka , jgnlah harap yg die akan suka kt kita jgk ....perkara itu kdg2 jarang terjadi , biar ia terjadi dgn sendiri .


Andai kata die x dpt bls cinta kita , jgnlah terlalu sedih , percayalah jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tgn Allah , lebih indah kita doakan yang terbaik buat dirinya ...Mgkn 1 ari nanti kita akan temui insan yg blh membahagiakan kita ....Kdg2 sesuatu yg kita suka , blm tentu ia adalah elok tuk kita , kdg2 sesuatu yg kita tak suka , blm tentu ianya tidak elok pada kita ...Jgn terlalu menyukai dan membenci sesuatu ......Sentiasa berdoa pada Allah  dan andai kata dia tertulis di luh mahfuz adalah tuk diri kita .....Ianya akan milik kita jua ....percayalah Allah akn menjanjikan yg terbaik buat diri kita sekiranya kita sll bersangka baik padaNya .

Kdg2 bila kita suka pd seseorang  , kita melakukan perkara2 yg kdg2 di luar batasan kita ...segala2nya indah bg kita ... percayalah berdoa dan terus berdoa ...Jika dia ditakdirkan utk kita , Allah akan satukan kita dgn orang yg kita suka dan sayang ...Serah segalanya pada Allah..Doakan yg terbaik buat orang yg kita suka ....

InsyaAllah ....




* igt lah , apa2 pon jgn lupa ....letakkan Allah yg teratas di dlm hati kita .....


Manja


27/04/2012

Jika dia ditakdirkan untukku

semua rahsia Allah
tp selalulah hargai orang yang sayangkn kita
ssh snbrnya nk lupakan orang yg kita suka :(

yang penting igt  Jgn sayang dan rindukan manusia melebihi kita merindui dan mencintai Allah .Allah lebih utama


Allah sentiasa bersama hambaNya walaupon kdg2 kita lupa padaNya ..percayalah kita tidak pernah keseorangan Allah sentiasa ada bersama kita



* gambar di ambil di FB ...sekadar berkongsi :)


Manja

26/04/2012

Kerana kasihmu


Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cinta mu takkan ku persia

Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …

Role … Role … Role … Roda berputar laju
Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Terlebih rindu … Terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita
Selama-lamanya …
ho hu ho ….

Semusim tlah berlalu menggamit jiwaku
Di saat diperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku hidup tanpa diri mu kasih
Tak terdaya ku meluahkan nya


Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya


Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku

Allah sayangkan aku



ALLAH itu Maha Mendengar , DIA selalu ada bersama aku ....Semua ujian adalah kerana DIA sayang pada aku ..Semoga manja terus tabah dan kuat dalam mengharungi segala onak duri di dunia ini.....

Semoga ada sinar dan cahaya pelangi di masa akan datang

Semoga ALLAH sentiasa di dalam hati

Semoga ALLAH merestui dan merahmati segala yang aku lakukan

Semoga ALLAH lindungi aku dan family


Aku Sayang ALLAH


Manja

26/04/2012

Pelangi Senja



Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata
Sayang aku cinta
Namun kita takkan bersama

Dikau pergi takkan kembali
Sesal ku kecewa
Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhhh

Ku terjaga
Dari mimpi lena
Sedang pipi di basahi
Tangis ku sendiri

Merintih perasaan ini
Tiada kata mampu di ungkap
Tiada yang mengerti
Wahai sang pelangi indah

Muncul seketika
Sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhh
Jika mampu ku kembali

Mengunlangi masa
Pasti ku tunaikan permintaan terakhir
Kini hanya tinggal kenangan
Hanya waktu menentukan
Kita kan bersama

Bersabarlah



Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi
itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu
dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku
memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan
airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak
terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus
asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau
rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda
kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

Jangan izinkan aku jatuh cinta andai belum tiba masanya



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
- Artikel iluvislam.com

Allah is always love me

Biarkan aku merinduimu



Dosakah aku menyintaimu
Dan itu bukan kehendakku
Itu juga bukan kemahuanmu
Menodai percintaan ini

Dosakah aku menyintaimu
Setelah engkau dimiliki
Aku gagal memujuk hati ini
Untuk terus melupai dirimu

Izinku berteduh seketika
Merebah rindu pengubat duka
Demi ku menyintaimu
Menyayangi dirimu
Meskipun sekadar dalam mimpi

Pergilah sayang kepadanya
Kerna dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku
Jangan kau kesali

Aku tidak tahu mengapa harusku
Menyintai dirimu
Mungkinkah kau ada jawapan yang lain
Terangkah padaku
Agar tidak kusesal
Mengharap kasih pada yang berpunya
Agar kita sama merelakan

reason for single

»» Sebab Apa Orang Cakap Single Best ?? ««

••► Tak rugi duit untuk topup . ✔
••► Tak payah keluar duit nk blnja kekasih. baik blanja family makan. ✔
••► Malam2 tak payah text & call sampai tertido .boleh tido terus . ✔
 ••►Tak kena berleter itu ini itu ini bla bla bla. ✔
••► Takde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon. ✔
••► Takde org nk jeles. ✔
••► Duit sentiasa ada. ✔
••► Hati tak sakit. ✔
••► Tak payah keluarkn airmata. ✔
••► Tak perlu membuat lap0ran. bebas kemana2. ✔
••► Bebas bekawan. ✔
••► Tak payah nk pening2 pikir tentang kekasih. ✔
••► Tak payah berkepit dgn nset 24 jam. ✔
••► Boleh guna nset yg murah2. Tak perlu ada wallpaper. ✔
••► Boleh buat apa yg kita nk tnpa dilarang/ditegur  xcept family yg larang ! ✔

Yang Paling Utama
••► Dapat hindarkan diri dari maksiat ✔

Bertabahlah

 
 
 
sahabat hati :)

 "jangan menangis berlebihan ya,nanti tak cantik"
lebih mudah bercakap dari melakukankan
apalagi kita memegang sesuatu dengan harapan keadaan akan berubah dan menjadi lebih baik
kita memegang keyakinan bahawa kita boleh hidup dan tinggal dalam hati yang pernah dia calarkan
... dan satu hari nanti kita akan sedar
kita dah terlalu letih dan seharusnya membiarkan kenangan itu pergi
melepaskan memang susah tapi andai waktunya tiba
percayalah masih ada senyuman yang menunggu
 

"Andai itu yang terbaik "

 

Nak kurus acane???

mana janji2 mu ndak kurus manja ...? ramai gile yg tegur badan aku makin naik..eeiiii rasa nk pelok2 je dieorg yg tegur tu .....grrrrr ..lg2 tang perut huwaa....camne ni ....aku xnak cam ni..mmg ssh nk turun , maybe motabolisme dah kurang kikiki ....camne la kalau nk kurang mkn nasik...aku akan mkn nasi walaupon sekali sehari ..... dah kata lidah org melayu , dari kecik mak bg nasi hahaha...

So manja sila lah amik port kata2 org ni eh....silalah diet , awak nk ke badan mcm  ni ...Tidak !!!!!



so tip2 terdesak cam ni tgklah baju lama yg kecik2...tgklah orang2 kurus...betapa bestnye dieorg pakai baju saiz S .....kau pakai saiz ape?? hak hak hak....kuatkan semangat dan sentiasa bersenam tuk sihat , biarlah demok tp sihat eh ......adiooosss chaiyookkk manja

semoga impian tercapai




Manja

19/04/2012

Tersenyumlah wahai hati yang sedih

Kali terakhir kulihat wajahmu



Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan

Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata
Malangnya
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat Terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku

Kerana takdirnya



Bukan mudah untuk ku sisihkan
Kehadiran cinta tak diundang
semakinku cuba menepiskan
semakin bertandang

dalam diam tunasnya berputik
dalam hati semakin berdetik
rasa cinta semakin melimpah
di kolam hatiku

Bagaikan mabuk asmara
di  lambung ombak rindu ini
sehingga ku hampir lemas
dimuara seumpama

Langit dan bumi perbezaan kita
kerana takdirnya cinta yang berseri
dalam keresahan yang tiada bertepi
ku nikmati cinta sesudah sengsara

kini kusedari kusedang diuji
untuk merasai kasih yang bererti
hilang dendam timbul sayang
berpanjangan untuk kita
berlayari bahtera itu

Setiap hari sedekahkan Al-Fatihah pada ibu bapa

✿Ü“ Pernahkah anda menatap wajah ibubapa tersayang ketika mereka sedang tidur ? Itulah wajah yg paling jujur... Pengorbanan yang terkadang melelahkan namun tak terungkap... Tetapi wajah ketika tidur mencerita segalanya , tanpa kata , tanpa suara seolah dia berkata : Betapa lelahnya aku hari ini , demi anak dan keluarga aku sanggup segalanya... Renung dan tataplah wajah tersayang sblm dia menutup mata buat selama2nya 

 ✿ Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada ibu bapa samaada yg masih hidup ataupon yang telah meninggal dunia .


Manja

12/04/2012

Hargai aku


seringkali kau merendahkan ku
melihat dengan sebelah matamu
aku bukan siapa-siapa
selalu saja kau anggap ku lemah
merasa hebat dengan yang kau punya
kau sombongkan itu semua

coba kau lihat dirimu dahulu
sebelum kau nilai kurangnya diriku
apa salahnya hargai diriku
sebelum kau nilai siapa diriku

seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
melihat dengan sebelah matamu
aku bukan siapa-siapa

coba kau lihat dirimu dahulu
sebelum kau nilai kurangnya diriku
apa salahnya hargai diriku
sebelum kau nilai siapa diriku

coba kau lihat dirimu dahulu
sebelum kau nilai kurangnya diriku
apa salahnya hargai diriku
sebelum kau nilai siapa diriku
sebelum kau nilai siapa diriku

kongsi petua

sebagai pompuan kita kena jaga kecantikan luar dan dalam , lg2 bg yg berkahwin ..dalaman kena kuat dan terjaga ...mcm aku selalu amalkan petua2 yg tidak menggunakan duit pon....semua ada di keliling rumah , tp korang kena rajinlah ..jgn hangat2 taik ayam....kdg2 aku pon sama kikiki ...okay meh aku kongsikan petua yg selalu aku amalkan :-

1) Daun bunga raya

daun bunga raya
 *Selalu daun ni , korang amik beberapa helai  daun bunga raya, korang ramaskan dan amik lendirnya sapukan 1 kepala dan balutkan dgn tuala bersih  selama 15 minit ,selepas itu basuh seperti biasa ,daun ni elok tuk ilangkan kelemumur dan menghitamkan rambut.


2) Daun sirih

daun sireh

* Okay daun sirih ni biasa aku rebus dan airnya digunakan utk  basuh tempat sulit , seelok2nya bila period kita   buat lah ...


3)  Hampas kelapa

hampas kelapa

* okay pas buat masak lomak, hampas die jgnla korang buang , amik dan buatlah scrub badan..selalu amalkan seminggu sekali ..sure badan akan hilang daki dan bertambah putih ....kikikiki



Selamat mencuba  dan jgn malas2 tau kalau nk cantik

Manja

09/04/2012

sambal tokok



ni sambal orang minang , nama die sambal tokok....sedap tau ....nk tahu x cara2 nak buat?


Bahan2 :

Ikan bilis
cili api
bawang besar 1 biji 
garam
asam keping
ajinamoto

Tumbukkan ikan bilis , cili api dan bwg besar serta garam ....panas kan minyak dan masukkan bahan2 yg telah di tumbuk tadi , selepas itu masukkan aji sedikit dan asam keping...masa memasak tu jgn biarkan api terlalu kuat , masakkan sampai naik bau  dan berbuih2  dan angkat ...sedap di makan bersama pucuk ubi rebus .

Selamat mencuba


Manja

09/04/2012

My Hobby

Asal la aku mcm malas nk update blog....kdg2 mcm xde entry je nk type......tp ari ni mcm nk type entry pasal buku ...sebenarnya hobi aku membaca ...dan aku sgt suka membaca...tak kira la paper , novel dan buku motivasi . buku masakan ( ini tgk gmbr) hahaha .....dan sekarang aku dh dpt penulis buku tentang Allah  dan tentang cinta dan penulisnya adalah Pahrol Mohd Juoi ...


Okay meh aku nk tunjuk buku yg 1st aku beli ...tajuk dia Dimana DIA dihatiku , buku ini sangat best  article di dalamnya .....korang kena beli n baca......aku tak tahu nk terangkan sbb aku akan baca berulang2..sangat rare n awesome......

Di mana DIA dihatiku



dan ini buku 2nd.....pon best jgk ...ceta psl cinta zaman sekarang..


Tentang CINTA

dan ini buku yang 3rd aku beli dari penulis ini...pon awesome jgk...aku dah jatuh cinta dgn ape yg ditulis oleh En Pahrol ni ...dgn ape yg ditulis bkn orangnya hak hak hak

Satu rasa Dua hati


dan yg paling bestnye...skrg ini semua hadiah2 aku pada orang2 tersayang dan kwn2 , aku x belikan yg lain2 dah selain buku ini..semua aku hadiahkan buku2 ustaz ini..hahahaha......srh dieorg baca smpi lebam....if dieorg baca dan amalkan , moga2 kehidupan orang2 yg aku sayang akan bertambah baik dan sentiasa mengingati Allah ...Selalu aku beli online jer ...if korang nk beli buku2 ini..korang call or sms je En Ahmad (019-3783100) atau emailkan ke buku911@yahoo.com.  eceehh tlg promote nmpk...hehehe..

Selamat membaca semua ..

Manja

06/04/2012

Semoga ada cahaya utk diri ini ....


saja je letak gmbr yaya tuk entry ni


Alhamdullilah ...ari ni aku dpt interview for new job..Segala urusan interview dipermudahkan oleh Allah .Allah bg tmpt interview yg dekat dgn komuter :) , sgt bersyukur dan yg paling best penemuduga tu sangat humble ...Alya namanya, sama dgn nama yaya ...Aku berdoa dan berharap yg aku akan dpt keja tu dan aku akan meneruskan kehidupan dgn lebih baik lg....demi anak -anak tersayang....dan yg paling aku happy sgt before aku interview aku dpt sms from some1 yg begitu caring psl aku dan doanya adalah ...

Bismillahirrahmanirrahim..Duhai Allah Yang Maha Mendengar , Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam sentiasa utk junjungan Nabi Muhammad saw .Kurniakanlah keberkatan dan rahmat kasih sayangMu kepada hambaMu ini Norfaezah Fahmi yang membaca doa ini , dunia dan akhirat .Berkati dan rahmatilah umurnya dunia dan akhirat .Pertambahkan dan kukuhkanlah imannya , perluaskan dan murahkan rezekinya, bahagiakan hatinya , hidupnya , keluarganya ,tenangkan hatinya ,lapangkan hatinya , sabarkanlah hatinya ,kuatkanlah hatinya , tabahkanlah hatinya , untuk sentiasa istiqomah berada di jalanMU  dan memegang taliMu dalam menjalani kehidupan ini .Kurniakanlah hatinya yg sentiasa ikhlas dan redha menerima apa saja yg Kau kurniakan.Duhai Allah Yang Maha mengenggam setiap jiwa , Maha Mengatur setiap hidup , serahkan seluruhnya padaMu Ya Allah yang tiada memudahkan kecuali Engkau Ya Allah .Semoga direstui olehMu Allah dalam  mencari rezekinya pagi ini...Amin ...

Tiada yang lebih indah melainkan menerima sms berupa doa dari seseorang yg dlm bentuk mcm ni .....InsyaAllah semoga doa ini akan terus membuat aku kuat menghadapi kehidupan ini ....terima kasih Allah kerana menemukan aku dgn insan ini ....Semoga dirinya akan dirahmati oleh Mu dan apa saja selepas ini hanya Allah yg tentukan .....


Manja

05/04/2012